+Follow | Dashboard
Crunchy Cookies
Hello Peps!
Welcome here

Hello, welcome to my land. Please behave yourself here. Follow me and leave a comment okay.







Tagboard
Please be nice here



Credits
Thanks to them

Template by : Nurul Aini
Edit by : Your Name
Helper : Google|Adobe |Favim
KEK TIRAMISU

bhn A utk kek span:
4 bj telur
60 gram gula halus
1 sd bsr ovelate
20 ml air
65gram majerin(dicairkan) pelangi je
esen vanila

Bhn B(diayak tau)
100 gram tpg naik sendiri(jenama buah peach Tpg MFM)
Stgh sd kecil baking pwdr
20 gram koko pwd
cara:
Campurkan bhn A n pukul.Campurkan bhn B n mix laju2 sampai berkrim n gebu.
Bolehlah bakar 20 minit setiap lapisan.So ada 3 lapisan kek yeh... suhu 180.Sejukkan dulu baru blh sapukan cheese.

Utk bhn krim tiramitsunya:
250 gram whipping cream
200 gram cream cheese tatura
1/2 cwn gula halus
1 sd kcl esen lemon or sunkist
1 cwn air panas
1sd bsr gula kasar
1 sd besar nescafe(dicampurkn dgn air pns td dn gula kasar tadi utk disapu diatas lpsan kek)
Serbuk koko utk setiap lapisan cream tu

cara;
Pukul whp crm ,cheese crm n gula to kembang.
Letak lapisan kek dulu,sapu air nescafe tu diatas permukaan kek,letak cream tiramitsu tu n ayak serbuk koko diatas cream tiramitsu td n letak lapisan kek lg.
Buatlah sampai 3 lpsan kek yeh n cream tiramitsu paling atas sekali n ayak koko tu,sapu keliling kek dgn cream cheese tadi n sapu rata...simpan kejap dlm peti ais(1 jam)...keluarkn n blhlh deco2...simpan semula dlm peti ais,smlman br blh makan...


Thanks for reading. Please leave a comment.

kek coklat moist




Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Cara menyediakan:
1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan.


Thanks for reading. Please leave a comment.

KEK BESE2 JER




bhn A
6 bji kuning telur*
90 ml nyak *
270 ml air *
140 gm gula *
* campur sekali dan mixer hgga kembang n gebu

BHN B
280 tepung gandum **
2 sudu teh baking powdaer **
** satukan , ayak-->pastu masukkan dlm bhn A -->perlahankan putaran..mix hgga sebati.ketepikan
..
penting !!!---cuci bersih mesin pegadun@ pemutar kek.lap kering, sbb nk buat meringue nie cerewet sikit..x leh ada air bercampur walau setitik pun.

Bhn C (meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula
secubit garam.(sy guna garam untuk gantikan krim of tar tar)
---> mixer higga kental..( klau kita test terbalikan bekas..adunan meringue tu x akan jatuh)

--->gunakan senduk dan masukkan adunan bhn C ke dlm bhn yg dh kita ketepikan td.Kaup balik sahaja untuk adunan hgga rata..bahagikan kepd beberapa warna..

alas loyang. bakar 180"c selama lbh krg 45 min.
 — 


Thanks for reading. Please leave a comment.

KERABU BILIS CAMPUR MANGGA

daun kesum siatkan
serai-hiriskan halus2
bunga kantan -hiriskan halus2
cili api-hiriskan halus2
timun-cincang
kobis-hiriskan halus2
mangga-cincang
air limau kasturi + gula + garam

masukkan semua bahan ke dalam air limau kasturi yang telah dicampur dengan gula dan garam
kacau hingga sebati dan rasakan
akhir sekali baru masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng
kacau rata
sedia untuk dimakan


Thanks for reading. Please leave a comment.

PUDING BUAH

1 paket agar2 yang berharga RM2
air 4 gelas plastik putih(yg besar tu)
susu cair 1 tin
1 tin buah laici (air buah laici tu campurkan skali dengan air yg 4 gelas tu)
pewarna kuning
gula secukup rasa

masakkan agar2 dengan air n gula
bila gula dah hancur baru masukkan susu cair dan pewarna kuning
tggu sehingga menggelegak terus angkat
jgn biarkan terlalu lama menggelegak...nnt tak elok strukturnyer
letakkan dlm mangkuk puding n blh letakkah buah laici
sejukkan dalam peti ais


Thanks for reading. Please leave a comment.

DADIH PERASA JAGUNG

1 paket agar2 serbuk- seeloknyer cap burung layang2
1 tin susu cair
gula sesedap rasa (1 1/2 cawan)
perasa jagung "nikmat"-kat pasaraya ade d jual dlm botol plastik-suke ati la nak bubuh byk mane
air 16 gelas plastik sedang (klu kat umah gelas pink tu)
coffeemate 200g

air + gula - masak smpai gula hancur
pastu masukkan agar2
pastu masukkan susu cair,perasa jagung last skali br masukkan coffeemate
kacau sehingga menggelegak n angkat
letakkan dlm bekas ape2 pun blh
sejukkan dlm peti ais


Thanks for reading. Please leave a comment.

JELI KELAPA

3 biji air kelapa muda
serbuk agar2 1 paket-seeloknya cap burung layang2
gula 2 cawan
air + air kalapa jadikan 16 gelas plastik yg sedang(klu kat umah gelas warna pink tu)
masakkan air yang 16 gelas tu dengan gula tadi
bila gula dah hancur baru masukkan agar2
bila dah menggelegak..terus jer angkat
boleh letakkan dalam bekas ape2pun


Thanks for reading. Please leave a comment.



Older Post